“Terima kasih penyumbang Multiracial Reverted Muslims - MRM ~ Umar Verdeblanco, Imam Masjid Al-Rahman, Bulacan Filipina”
.
Beberapa minggu sebelum Ramadhan, bendahari MRM, Sher Lynn membawakan satu kertas cadangan dari rakan strategik kami di Malaysia untuk program Ramadhan di Bulacan, Filipina.
.
Ini adalah program khas bersempena dengan Ramadhan kerana setiap bulan MRM memang memberikan sumbangan tetap untuk memperkasakan aktiviti dakwah di Bulacan yang diketuai oleh Umar Verdeblanco.
.
Saya tidak bertanya tentang kos terlebih dahulu tetapi saya bertanya berapa ramai akan dapat manfaat. Mereka berharap MRM boleh taja majlis iftar untuk satu masjid selama dua minggu & sedikit bantuan bekalan asas kepada penduduk di situ.
.
Kami melihat kosnya agak berpatutan, maka kami bersetuju untuk menaja tetapi bukan iftar untuk sebuah masjid selama dua minggu dan sedikit bekalan asas, tetapi kami bersetuju untuk menaja iftar sepanjang bulan Ramadhan di tiga buah masjid di Bulacan, Filipina.
.
NGO yang kami kerjasama, kami akan pastikan mereka bebas dari ideologi menyeleweng dan tidak terpalit dengan kumpulan ekstrimis. Maka kami akan minta mereka mendapatkan surat pengesahan & clearance dari polis di negara mereka sebelum kami menyumbang untuk projek mereka.
.
Alhamdulilah kami juga pernah menjejakkan kaki ke sana dan sangat teratur program dan perancangan dakwah mereka. Hampir setiap bulan ada sahaja individu yang memeluk Islam di pusat dakwah yang berpusat di Masjid Al-Rahman.
.
Selain dari memberikan sumbangan bulanan, MRM juga menaja projek pembesaran dan ubahsuai Masjid Al-Rahman sebelum ini. Solat 5 waktu didirikan, kelas harian diadakan selain ramai individu telah memeluk Islam hasil usaha mereka. Alhamdulilah.
.
Semua kredit ini diberikan kepada sahabat-sahabat semua yang menyumbang selain dari sahabat-sahabat yang berbelanja di MyKampung Fresh Mart serta Balak.Co kerana hasil keuntungan dari #dakwahnomi juga disalurkan untuk program dakwah & kebajikan MRM di dalam & luar negara. Jazakumullahu Khairan.
.
Bayangkan pahala-pahala sahabat yang dengan asbab sumbangan & sokongan mereka telah digunakan untuk dakwah & kebajikan sehingga ramai telah memeluk Islam, solat fardhu 5 waktu didirikan atas masjid yang diubahsuai dengan wang sumbangan mereka & kelas diadakan. Alhamdulilah.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #dawahnomy #dakwahnomi #mrmprihatin #foodbankmykampungfreshmart #mykampungfreshmart #mrmbulacan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「mrmprihatin」的推薦目錄:
- 關於mrmprihatin 在 Facebook 的最佳解答
- 關於mrmprihatin 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於mrmprihatin 在 Facebook 的最佳解答
- 關於mrmprihatin 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於mrmprihatin 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於mrmprihatin 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於mrmprihatin 在 #mrmprihatin - Explore | Facebook 的評價
- 關於mrmprihatin 在 2022ford rangers-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01討論議題 的評價
- 關於mrmprihatin 在 2022ford rangers-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01討論議題 的評價
mrmprihatin 在 Facebook 的最佳貼文
[MEMBANTU MUALLAF WANITA YANG DIZALIMI SUAMI]
.
Masihkah sahabat ingat akan kes seorang muallaf wanita yang dipaksa meminjam duit dari Ah Long oleh suaminya, dipukul oleh suaminya serta suaminya berlaku curang yang kami santuni Ahad lepas? Boleh baca di sini kalau belum ~ https://www.facebook.com/100044182431632/posts/308057410677004/?d=n
.
Alhamdulilah hari ini kami telah mengaturkan pertemuan dengan peguam-peguam kami dan Alhamdulilah, Allah mempermudahkan segala-galanya. Setelah selesai perbincangan, kami membawanya untuk menikmati jamuan tengahari & kemudian membantu beliau membuat laporan polis & kini, di waktu malam ini kami menemaninya ke rumah untuk mengemas dan terus berpindah ke rumah yang kami sewakan untuk beliau dan anak-anaknya duduki buat sementara waktu.
.
Sebuah lori, Ford Rangers dan dua buah lagi kenderaan bergerak bersama untuk misi ini. Kami tahu kami mengambil risiko kerana kami dimaklumkan bahawa suaminya pernah mendakwa mengenali gengster namun kami serahkan urusan kami kepada Allah setelah mengambil langkah berjaga-jaga. Kita bantu hamba Allah, InshaAllah Allah akan bantu kita.
.
InshaAllah beliau dan anak-anak akan lebih dekat dengan kami dan memudahkan kami membimbing dan menjaga mereka sekeluarga. Jazakumullahu Khairan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu dan mendoakan kami.
.
Jikalau sahabat semua mahu membantu memperkasakan lagi gerak kerja dakwah & kebajikan kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM, agar lebih ramai muallaf dan individu yang dizalimi sebegini dapat kami bantu, maka sahabat boleh salurkan sokongan anda ke;
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmcare #mrmprihatin #muallafmrm
mrmprihatin 在 Facebook 的最佳解答
“Saya Mahu Melabur Untuk Akhirah”
.
Di dalam Al-Quran & Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam, banyak janji-janji dari Allah bahawa Allah akan membantu sesiapa yang membantu agama Islam & siapa yang berjihad bersungguh-sungguh, Allah akan bukakan jalan bagiNya serta siapa yang bertaqwa kepadaNya, Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tak disangka.
.
Dahulunya sewaktu awal memeluk Islam, saya kurang mengerti sebenarnya. Tetapi kini satu demi satu janji-janji Allah Subhana Wa Ta’ala dimanifestasikan di depan saya sendiri. InshaAllah kisah ini pasti akak memberikan inspirasi serta motivasi kepada kita menyakini janji-janji Allah Subhana Wa Ta’ala.
.
Suatu hari, saya menerima mesej dari seorang penyokong usaha dakwah & kebajikan kami. Pernah berjumpa sekali dua tetapi tidak begitu rapat. Beliau bertanya,
.
“Adakah MRM masih memerlukan pelabur/rakan kongsi untuk MyKampung Fresh Mart & berapakah kosnya?”
.
Saya menjawab; “Ya kami sedang mengembangkan ekonomi kami dan kos untuk pembukaan sebuah MyKampung Fresh Mart adalah lebih kurang RM500,000.” Lalu beliau mengatakan beliau berminat untuk melabur.
.
Apabila beliau mengatakan beliau berminat untuk ‘invest’ sebanyak RM200,000, saya bertanya ‘invest’ dalam erti kata sebagai pemegang saham ke? Namun jawapan beliau menyebabkan saya tersentap dan merenung kehebatan Allah memanifestasikan janji-janjiNya berulang-kali dalam perjuangan dakwah kami. Beliau menjawab;
.
“TAK (bukan memegang saham), (saya mahu) INVEST IN AKHIRAH”
.
Alhamdulilah. Allahuakbar! Dengan ‘pelaburan’ dari beliau, kami bakal membuka cawangan kedua MyKampung Fresh Mart di Seksyen 7 Shah Alam pada 3 April 2021. Beliau menjelaskan lebih lanjut kenapa beliau mahu ‘melabur’ dalam bisnes di bawah MRM;
.
“Biiznillah, bisnes akan berkembang di bawah pasukan MRM yang berkebolehan yang akan memberikan manfaat kepada ummah.”
.
Allahuakbar. Beliau mengetahui bahawa inisiatif ekonomi MRM adalah menjana keuntungan yang akan dikembalikan untuk projek dakwah & kebajikan MRM, maka beliau ‘MELABUR’ untuk aktiviti ekonomi MRM.
.
Dari awal penubuhan MRM ketika tidak ramai yang mengenali kami, seorang insan sanggup membelikan buah bangunan bernilai RM2juta untuk dijadikan pusat dakwah MRM. Kemudian seorang hamba Allah mengingatkan RM200,000 untuk ubahsuai pusat dakwah kami.
.
Disusuli ada yang derma duit syiling mereka, sumbangan bulanan RM1, RM5, RM10, RM100, RM500 selain rantai emas, cincin emas, malahan ada yang wakafkan serta infaqkan hartanah mereka & ada yang menginfakkan kenderaan mereka untuk dimanfaatkan untuk dakwah sebagai ‘PELABURAN’ akhirah mereka. Alhamdulilah Allahuakbar.
.
Semua ini menunjukkan kepercayaan sahabat semua terhadap MRM tetapi ianya juga satu amanah yang besar bagi memastikan ‘PELABURAN’ sahabat semua dapat dituai hasil lumayan di akhirah.
.
Kami percaya ramai sahabat di luar juga merupakan ‘PELABUR’ akhirah dengan menyokong usaha kami di MRM. Bagi sahabat yang berminat menjadi ‘PELABUR’ akhirah ataupun ‘PELABUR’ pemegang saham aktiviti bisnes MRM, boleh hubungi CEO sayap ekonomi MRM iaitu Syed Zulkifli di +60193821427 untuk perbincangan lanjut.
.
Jazakumullahu Khairan sekali lagi kepada semua ‘PELABUR-PELABUR’ akhirah yang menyokong usaha dakwah & kebajikan kami di MRM. Semoga Allah terima sedikit usaha kita bersama dan menjadikannya asbab kita dikurniakan Jannahtul Firdaus. Allahuma Ameen.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #dawahnomy #dakwahnomi #mrmprihatin #foodbankmykampungfreshmart #mykampungfreshmart
mrmprihatin 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
mrmprihatin 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
mrmprihatin 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
mrmprihatin 在 2022ford rangers-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01討論議題 的推薦與評價
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmcare #mrmprihatin #muallafmrm. app-facebook. Firdaus Wong Wai Hung. ... <看更多>
mrmprihatin 在 2022ford rangers-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01討論議題 的推薦與評價
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmcare #mrmprihatin #muallafmrm. app-facebook. Firdaus Wong Wai Hung. ... <看更多>
mrmprihatin 在 #mrmprihatin - Explore | Facebook 的推薦與評價
Di dalam Al-Quran & Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam, banyak janji-janji dari Allah bahawa Allah akan membantu sesiapa yang membantu agama Islam ... ... <看更多>